Diskaun 50 peratus saman trafik di Sarawak

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak akan mengadakan pengurangan saman 50 peratus bagi negeri ini.

Ketuanya Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, tempoh diskaun akan bermula 5 hingga 9 April ini sempena sambutan Hari Polis Ke-214.

Justeru, katanya mana-mana individu yang hendak membuat pembayaran saman boleh datang ke Cawangan Trafik Cops di daerah berdekatan untuk membuat semakan. “Semakan boleh dibuat melalui nombor kenderaan atau nombor kad pengenalan di kaunter.

“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak,” katanya semalam.

Bagaimanapun, Alexson berkata saman yang tidak layak mendapat diskaun seperti saman kemalangan tahun 2020 dan 2021 serta saman status No Compound (NC) 2018 hingga 2021.

Selain itu katanya, saman status waran tangkap 2020 dan 2021, saman status bicara mahkamah, saman kesalahan berkaitan lori dan saman memotong secara bahaya/ potong barisan 2020 dan 2021.

Beliau menambah ia termasuk saman menggunakan lorong kecemasan 2020 dan 2021, saman jalan semasa lampu isyarat merah 2020 dan 2021, saman memotong di garisan berkembar tahun 2020 dan 2021 serta saman berkaitan ubah suai ekzos yang dikeluarkan bermula 1 Mac lalu.

Suara Sarawak