ARTIKEL

DJEMAAH HAJI MALAYSIA MULA BERGERAK KE ARAFAH SECARA BERPERINGKAT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Seramai 31,600 jemaah Malaysia dalam kalangan 1.8 juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini, mula bergerak ke Arafah secara berperingkat sejak 7.31 pagi tadi untuk menunaikan ibadah wukuf pada esok. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah keselamatan yang ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi, termasuk pemeriksaan di beberapa pusat pemeriksaan berkemungkinan menyebabkan sedikit kelewatan dalam perjalanan jemaah ke lokasi wukuf.
“Langkah keselamatan ini bertujuan memastikan hanya mereka yang mempunyai permit sah dibenarkan memasuki kawasan Arafah. Pihak berkuasa Arab Saudi amat tegas dalam hal ini demi memastikan kelancaran dan keselamatan jemaah,” katanya kepada pertugas media selepas menyaksikan pelepasan jemaah haji ke Arafah di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata jemaah haji Malaysia kini dalam keadaan selesa di dalam bas yang disediakan dan menyeru para jemaah memanfaatkan masa sepanjang perjalanan dengan memperbanyakkan bacaan talbiah dan berdoa.
“Kita tahu bahawa doa orang yang bermusafir sangat mustajab. Maka saya harap jemaah memberi tumpuan kepada ibadah dan bersedia secara mental serta spiritual untuk hari wukuf di Arafah,” katanya.
Sebanyak 20 hingga 31 bas disediakan untuk setiap maktab bagi membawa semua jemaah di tujuh hotel penginapan secara tiga peringkat menuju ke Arafah yang terletak 20 kilometer dari Makkah.
Pergerakan jemaah haji Malaysia ke Padang Arafah membabitkan tiga pusingan utama menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik (Taraduddiah).
“Tiga pusingan pergerakan jemaah melibatkan trip pertama pada 7.31 pagi, diikuti trip kedua pada 9 pagi dan trip ketiga pada 12 tengah hari,” katanya.
Mohd Na’im berkata Tabung Haji (TH) bersama syarikat Al Masyair (Masyariq) menjangkakan keseluruhan operasi pergerakan jemaah akan mengambil masa antara enam hingga lapan jam untuk diselesaikan sepenuhnya.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan hari wukuf 9 Zulhijah jatuh pada Khamis (5 Jun) manakala Jumaat adalah hari pertama Aidiladha untuk penduduk negara berkenaan.
— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan