ARTIKEL

Dr Amelia Siah kongsi pengalaman tempuh kanser payudara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dr Amelia Siah berdepan detik sukar apabila disahkan menghidap kanser payudara enam tahun lalu ketika beliau baharu bergelar ibu kepada bayi berusia lapan bulan.

Pegawai perubatan estetik berusia 35 tahun itu terpaksa menempuh tempoh rawatan selama setahun setengah yang merangkumi 16 kitaran kemoterapi, pembedahan, serta radioterapi demi kelangsungan hidup bersama keluarga.

Beliau bukan sahaja berjaya bebas daripada kanser, malah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aglow Clinic itu turut berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga memiliki 18 cawangan.

Dr Amelia Siah

Pengalaman tersebut mendorong anak kelahiran Melaka itu untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan awal kanser payudara dalam kalangan wanita melalui penganjuran acara Aglow Cup 2026 seperti dilapor Bernama.

Acara yang menggabungkan sukan padel dan pendidikan kesihatan itu turut menyalurkan 100 peratus hasil kutipan amal kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia bagi menyokong usaha berkaitan kanser payudara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sarawak guna 11,500 anggota sedia ada jaga PRN13

BINTULU: Polis Sarawak akan mengoptimumkan penggunaan kira-kira 11,500 anggota sedia ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, dengan