ARTIKEL

Dua beradik berusia tiga tahun dan setahun empat bulan ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua, Sik pagi tadi.

Dua Beradik Rentung Dan Ibu Menumpang Di Stor Bangunan Terbakar – Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIK: Dua beradik yang ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua dekat sini pagi tadi, dipercayai menumpang di stor pejabat gudang simpanan tong gas itu dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Sik Superintenden Syamzury Saman berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Raifal Abdul Latif, tiga, dan adiknya Aishah Umairah, 16 bulan manakala ibu mereka yang berusia 23 tahun selamat dalam kejadian itu.

“Dua beradik itu tinggal dengan ibu mereka yang menumpang sementara di situ manakala datuk mangsa berusia 42 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori tong gas berada di bilik lain kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syamzury berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dengan pasukan forensik polis dan bomba telah hadir ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mayat dua beradik itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Terdahulu, bomba yang menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 6.11 pagi menemukan dua beradik tersebut rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil.

Kebakaran melibatkan sebuah bangunan berukuran kira-kira 20×10 kaki dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus. – BERNAMA

BERITA LAIN

Dua beradik ditemui rentung atas katil

SIK: Dua beradik berusia tiga tahun dan setahun empat bulan maut selepas ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di atas katil ketika kebakaran di Kampung Teloi

BERITA TERBARU

Tebaloi berpotensi jadi produk premium AirBorneo

DALAT: Makanan tradisional Melanau, khususnya tebaloi, berpotensi menembusi pasaran lebih luas sebagai produk premium, termasuk ditawarkan sebagai makanan ringan dalam penerbangan AirBorneo. Menteri Pembangunan Wanita,

Seni nisan Jatti Miriek terus dipelihara

MIRI: Keunikan seni ukiran nisan tradisional masyarakat Jatti Miriek terus didokumentasikan dan diperkenalkan kepada masyarakat bagi memastikan warisan bernilai sejarah serta identiti budaya itu tidak