ARTIKEL

Dua buah kereta musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Languban Merapok, Lawas, awal pagi tadi. Foto JBPM

Dua kereta musnah terbakar di Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Dua buah kereta musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Languban Merapok di sini, awal pagi tadi

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 32 kilometer.

“Kebakaran melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira dan Proton Saga Aeroback yang masing-masing terbakar sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Pasukan bomba menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 4.10 pagi dan tamat tiga minit kemudian. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan