ARTIKEL

Dua lelaki cedera dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua lelaki dilaporkan cedera  dalam satu kemalangan kendiri yang berlaku berhampiran lampu isyarat Lapangan Terbang Sibu malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 21 dan 22 tahun ketika kejadian sedang menaiki sebuah pacuan empat roda.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya telah dimaklumkan oleh orang ramai mengenai kejadian itu pada jam 11.12 malam.

“Sepasukan anggota bomba kemudian dikerahkan ke lokasi dan mendapati kemalangan hanya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Kenderaan terbabit telah melanggar penghadang jalan lalu terbabas di tepi jalan raya,” ujarnya.

Beliau mengatakan pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa sudah berada di luar kenderaan mereka semasa ketibaan bomba dan kedua-duanya tidak tersepit.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di dua belah kaki dan dada. 

“Kita membantu mengangkat kedua-dua mangsa untuk diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Sibu,” jelas Andy.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU