ARTIKEL

Dua lelaki dipenjara miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Lai Shin Yung, 32 dan Norazizi Ramli, 34, masing-masing mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, Shin Yung didakwa memiliki Methamphetamine seberat 0.79 gram di sebuah kafe di Batu Kawa, kira-kira jam 9.25 malam, 10 Julai lalu.

Manakala, Norazizi didakwa memiliki 0.10 gram Metamphetamine di tepi jalan Kampung Bintawa Hulu, sekitar jam 10.30 pagi, 27 September lepas.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, dalam kejadian berasingan, kedua-dua tertuduh telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Semasa pemeriksaan polis menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dalam poket seluar milik Shin Yung disyaki dadah jenis syabu. 

Manakala, pihak polis menjumpai satu keratan straw berisi ketulan-ketulan kristal dalam gengaman tangan kiri Norazizi.

Barang kes milik kedua-dua tertuduh dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa ia dadah jenis Metamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU