ARTIKEL

Kedua-dua suspek ditahan di IPD Bau selepas didapati positif dadah hasil saringan awal air kencing.

Dua lelaki positif dadah ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam saringan awal air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 33 tahun ditahan antara 3.30 petang hingga 4.30 petang selepas saringan air kencing dijalankan didapati positif dadah.

“Hasil ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kedua-dua suspek juga mengaku menagih dadah seminggu sebelum ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Haide berkata, suspek berusia 33 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU