ARTIKEL

Dua lelaki positif dadah ditahan kes ugutan bunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah ditahan polis kerana disyaki mengugut bunuh menggunakan senapang patah di Demak Laut, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 26 dan 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada Khamis lalu.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan susulan siasatan terhadap kejadian ugutan bunuh yang dipercayai membabitkan penggunaan senapang patah.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan mereka positif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan lanjut, namun tidak memperincikan butiran rampasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Alexson berkata, kedua-dua suspek telah direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Aliff Aiman Mat Zain di talian 013-311 5854.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244 444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

13 individu ditahan menerusi Op Tapis Khas

KUCHING: Seramai 13 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari di sekitar bandar raya ini. Ketua

Dua pengunjung pusat hiburan positif dadah

KUCHING: Dua individu ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi membanteras penyalahgunaan bahan terlarang di empat pusat hiburan sekitar bandar raya ini. Kedua-duanya merupakan antara