ARTIKEL

Dua lelaki selamat, kereta langgar pokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki selamat selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Taman Malihah, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kemalangan dilaporkan kira-kira jam 10.56 pagi.

Katanya, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Seorang mangsa cedera di muka manakala seorang lagi cuma cedera ringan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh unit EMRS bomba.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU