ARTIKEL

ARANG RAMPASAN…Antara barangan dirampas termasuk senjata berbahaya yang digunakan tiga suspek.

Dua lelaki, seorang wanita ditahan miliki senjata berbahaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta memiliki senjata berbahaya di Jalan Laman Cenderawasih.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam operasi semasa Februari lepas, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Saga.

“Kenderaan yang ditahan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu, bersama pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kes pecah rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Farhan, siasatan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati mereka semua positif dadah.

Salah seorang daripada suspek lelaki juga dipercayai terlibat dalam kes curi di kawasan Sg Maong, katanya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya.

“Selain itu, kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan,” katanya lagi.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

BERITA TERBARU