ARTIKEL

Dua Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga individu termasuk seorang wanita berusia 20 tahun ditahan selepas polis menemukan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 5.55 gram dalam pemeriksaan di sebuah rumah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dua lelaki masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta seorang wanita ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira 6 petang pada 2 November lalu.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek membawa kepada rampasan dadah disyaki jenis methamphetamine dengan nilai pasaran dianggarkan RM610.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, semakan rekod jenayah mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun mempunyai tujuh rekod lampau, manakala suspek wanita berusia 20 tahun memiliki satu rekod.

Bagaimanapun katanya, suspek lelaki berusia 18 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 7 November mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu hasil risikan berterusan pihak polis dengan kerjasama orang awam dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Polis katanya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan dadah bagi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di 017-592 9211,” ujar beliau lagi.

BERITA LAIN

Sistem pegawai integriti Sarawak diiktiraf IACA

KUCHING: Sistem pegawai integriti yang dibangunkan Sarawak mendapat pengiktirafan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) kerana pendekatannya yang unik dan berpotensi dijadikan contoh kepada wilayah serta negara

GPS perkemas persiapan hadapi PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempergiat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 menerusi penyelarasan jentera operasi yang melibatkan semua parti komponennya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU

Ding terus dekati penjaja, masyarakat Bintangor

BINTANGOR: Usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terus menjadi keutamaan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing menerusi kunjungan berterusan ke pasar