ARTIKEL

Dua maut dalam nahas motosikal di Jalan Bau–Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Dua individu maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabas dan merempuh besi penghadang di Kilometer 22, Jalan Bau–Lundu, berhampiran Kampung Stenggang, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.55 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang lelaki bersama seorang wanita.

Menurutnya, motosikal berkenaan bergerak dari arah Lundu menuju ke Bau dan dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori.

“Mangsa kemudian terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar besi penghadang, menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Haide, pasukan perubatan Hospital Bau mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu polis di balai berhampiran,” katanya lagi.

Mohd Haide menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhati-hati, terutama ketika cuaca tidak menentu, dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan