ARTIKEL

PKO sedang berusaha mengeluarkan seorang mangsa yang masih tersepit

Dua maut dalam tragedi ngeri di Jalan Lubok Antu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Permulaan tahun baharu 2026 bertukar pilu apabila tragedi kemalangan jalan raya meragut dua nyawa dan mencederakan sembilan individu dalam satu insiden di Jalan Lubok Antu, di sini, hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kemalangan tragis itu melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux dan sebuah kereta Proton Iriz.

Dalam kenyataan itu, JBPM memaklumkan sebahagian besar mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Bagaimanapun, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya menjalankan operasi menyelamat seorang wanita dewasa yang masih berada di tempat duduk belakang Proton Iriz,” menurut kenyataan itu.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan mangsa lain mengalami kecederaan dan diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut.

Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba turut membantu membawa seorang mangsa ke hospital.

Setakat laporan terkini, pasukan penyelamat masih berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan serta tumpahan minyak bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Maklumat mangsa menunjukkan kenderaan Toyota Hilux yang membawa tujuh penumpang merekodkan seorang lelaki dan seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera.

Sementara itu, kenderaan Proton Iriz yang membawa empat penumpang didapati kesemuanya mengalami kecederaan.

PKO berusaha mengeluarkan seorang mangsa yang masih tersepit

BERITA LAIN

BERITA TERBARU