ARTIKEL

Kredit: Royal Thai Police | BERNAMA

Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NARATHIWAT: Dua anggota sukarelawan pertahanan maut dan tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Chanae, Narathiwat. 

Kejadian berlaku pada 3.35 petang (waktu tempatan) pada Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim. 

Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Direk Chomyong berkata sebaik lima anggota itu tiba di tempat kejadian, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie. 

“Letupan itu menyebabkan lima anggota sukarelawan pertahanan cedera.

Seorang maut di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra semalam dan seorang lagi meninggal dunia hari ini,” katanya pada satu sidang media di sini pada Selasa. 

Letupan berkenaan turut mengakibatkan lubang sedalam satu meter di atas jalan raya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan