ARTIKEL

JUARA KATEGORI LELAKI...Pasukan GSU Likun A

Dua pasukan pilihan dinobatkan juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kejohanan Sepak Takraw Lelaki dan Wanita Terbuka Betong 2025 telah menyaksikan kehebatan dua pasukan pilihan, GSU Likun A dan Layar Hills, yang berjaya merangkul gelaran juara dalam kategori masing-masing.

Kejohanan ini berlangsung di Dewan Panglima Rentap, Betong pada hujung minggu lalu.

Pasukan GSU Likun A telah mencatatkan kemenangan gemilang dalam kategori lelaki dengan menewaskan Kestap A dalam dua set langsung, 15-9 dan 15-12.

Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala, dan pingat.

Sementara itu, Kestap A selaku naib juara menerima wang tunai RM500, piala, dan pingat.

JUARA KATEGORI WANITA…Layar Hills.

Dalam kategori wanita, Layar Hills berjaya menewaskan Zack Balai Ringin dengan keputusan 15-8 dan 15-9.

Pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala, dan pingat. Zack Balai Ringin, sebagai naib juara, menerima wang tunai RM300, piala, dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Richard Rapu@Aman anak Begri.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dan berharap kejohanan ini dapat terus menjadi platform untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan sepak takraw.

Kejohanan ini bukan sahaja menampilkan aksi-aksi menarik tetapi juga mengukuhkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan peserta dan penonton.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan persembahan terbaik mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU