ARTIKEL

Kredit JBPM Pulau Pinang

Dua pendaki sesat di Botanical Garden ditemukan selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Dua lelaki sesat semasa mendaki di kawasan hutan Taman Belia, Botanical Garden berjaya ditemukan selamat oleh pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata panggilan kecemasan diterima pada 6.11 petang.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerah bersama tiga anggota polis untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan menggunakan lokasi yang dikongsi mangsa melalui WhatsApp bagi mengesan Muhammad Hakim Razali dan Muhammad Faiz Abdul Wahab, kedua-duanya berusia 25 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemukan selamat pada 7.42 malam kira-kira dua kilometer dari kaki bukit sebelum diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pada 7.50 malam seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

KPM pantau IPU sebelum tentukan operasi sekolah

KUALA LUMPUR: Status pengoperasian sekolah di seluruh negara ketika jerebu akan ditentukan berdasarkan pemantauan harian bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap