ARTIKEL

Dua penguat kuasa direman terbabit kes rasuah RM20,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Dua anggota pasukan penguat kuasa direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang individu sebagai balasan supaya tidak dikenakan tindakan atau ditahan atas kesalahan kononnya berkaitan penjualan dadah bulan lepas.

Majistret Uthman Abd Ghani membenarkan reman terhadap kedua-dua suspek lelaki, masing-masing berusia 37 dan 26 tahun, selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini.

Menurut sumber, mereka ditahan antara pukul 6.25 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli