HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Dua penjuru di Parlimen Mukah, Igan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DUA PENJURU... Berlaku pertembungan dua penjuru di Parlimen Mukah dan Parlimen Igan pada PRU-15 kali ini.
DUA PENJURU… Berlaku pertembungan dua penjuru di Parlimen Mukah dan Parlimen Igan pada PRU-15 kali ini.

MUKAH: Dua kawasan Parlimen iaitu di Mukah dan Igan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara GPS dan Pakatan Harapan.

Bagi Parlimen Mukah, parti GPS diwakili oleh Datuk Hanifah Hajar Taib menentang calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang.

Keputusan penamaan calon telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Mukah Shafrie Saili pada jam 12 tengah hari dengan urutan nama calon didahului oleh Hanifah diikuti Abdul Jalil.

Pada tahun 2018, Hanifah menang dengan 13,853 undi dengan 7,000 undi majoriti mengalahkan Abdul Jalil yang mendapat 6,853 undi pada ketika itu.

Manakala bagi Parlimen Igan, calon GPS iaitu Ahmad Johnie Zawawi berdepan dengan pertarungan satu lawan satu menentang Andri Zulkarnaen Hamden daripada Parti Amanah.

Pada penaman calon yang diadakan di Dewan Masyarakat Daro itu menyaksikan penyandang Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi hadir ke lengkap berbaju Melayu biru, bersama-sama penyokongnya dan diikuti Andri Zulkarnaen Hamden.

Terdahulu pada tahun 2018, Andri Zulkarnaen Hamden bertanding di atas tiket PKR, namun kini beliau berdiri atas tiket Amanah.

Parlimen Igan pada PRU-14 lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Ahmad Johnie dengan 10,538 undi dengan 8,495 undi majoriti menewaskan Andri Zulkarnaen dengan hanya mendapat 2,043 undi.

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru