ARTIKEL

Dua selamat, kereta jatuh gaung di Kilometer 4, Jalan Bukit Goram Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Dua wanita terselamat selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 4, Jalan Bukit Goram Kapit.

Dalam kejadian jam 6.32 pagi tadi, ,kedua-dua mereka tidak menyedari jalan berkenaan mendak kerana dipercayai baru berlaku dan belum ada laporan mengenainya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit PPgB Erwandy Tugor yang mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri dan cedera ringan.

“Setelah menerima panggilan kecemasan, bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di lokasi, kami mendapati berlaku tanah mendap dan terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalamnya,” katanya sebentar tadi.

“Bagi mengelakkan kejadian berulang, bomba telah memasang “pita amaran” di lokasi kejadian sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya sehingga kerja-kerja membaikinya siap,” jelas beliau.

kereta dalam lubang mendapan jalan

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual