ARTIKEL

Dua Wanita Indonesia Maut SUV Rempuh Surau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Dua wanita Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bersama-sama empat lagi individu dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 di Jalan Selising-Bukit Merbau, Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh Azhar Helmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 6.34 pagi dan operasi melibatkan 13 anggota daripada BBP Pasir Puteh serta BBP Ketereh.

“Kejadian melibatkan enam warga Indonesia dengan dua penumpang wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an disahkan meninggal dunia akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar Helmi berkata anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata empat mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan operasi ditamatkan pada 7.44 pagi. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU