ARTIKEL

Dua wanita jadi mangsa ‘Parcel Scam’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua wanita menjadi mangsa ‘Parcel Scam’ selepas ditipu dua jejaka asing yang dikenali menerusi laman sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintendan Maria Rasid berkata kes pertama melibatkan wanita berusia 33 tahun yang merupakan penjawat awam bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Simunjan, dengan mengalami kerugian lebih RM3,000.

Katanya mangsa telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Reyyan Jackson pada 26 Februari lalu, yang mengatakan dirinya berasal dari United Kingdom dan setelah dua minggu berkenalan.

“Reyyan Jackson mengatakan ada menghantar bungkusan barang kepada mangsa dan dalam bungkusan tersebut mengandungi barang kemas, komputer riba, iPhone dan wang tunai dalam mata wang USD pada 3 Mac 2021 dan kemudian meminta mangsa membayar cukai pelepasan Jabatan Kastam sebanyak RM3,000.

“Mangsa kemudian membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah RM3,550 secara dalam talian ke satu akaun bank atas nama individu yang tidak dikenali pada 5 dan 6 Mac lalu seperti yang diarahkan suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

BERITA LAIN

Bawa keceriaan Ramadan kepada golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan Ikram Malaysia (Ikram) fokus untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara, termasuk di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Bazar Ramadan di Sarawak kembali meriah

KUCHING: Pembukaan bazar Ramadan di sekitar Sarawak sedang giat dijalankan dengan beberapa lokasi telah ditetapkan untuk dijadikan tempat berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Pembukaan bazar

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil