ARTIKEL

Elaun sara hidup nelayan: Kerajaan belanja lebih RM600 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM622.88 juta bagi pembayaran elaun sara hidup nelayan sejak 2008 hingga 2022, dalam usaha membantu meringankan beban golongan itu menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata elaun itu, yang diperkenalkan 2008, menyaksikan nelayan laut menerima RM300 sebulan dan RM250 sebulan bagi nelayan darat. 

“Sementara itu bagi skim subsidi diesel, nelayan boleh mendapatkan diesel dengan harga RM1.65 seliter dan bagi tempoh 2018 hingga 2022, nilai subsidi direkodkan berjumlah RM3.61 bilion, satu angka besar,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) yang mahu tahu jumlah bantuan sara hidup yang disalurkan kepada nelayan di setiap negeri dari 2018 hingga 2022.

Mohamad berkata kerajaan turut membelanjakan RM74 juta bagi pembayaran Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sejak 2018 hingga tahun lepas yang memberi manfaaat kepada 29,529 nelayan.

Sebanyak RM7.5 juta pula dibelanjakan bagi tempoh 2018 hingga 2022 bagi Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan, bertujuan memberi sumbangan segera kepada nelayan ditimpa kemalangan, kemusnahan atau kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, kata Mohamad.

Pada tahun ini, katanya RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanaan skim berkenaan yang mula dilaksanakan 2009. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Budak tinggi gula dalam darah

MASIH ramai yang kurang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah atau lebih dikenali sebagai diabetes. Lebih-lebih lagi apabila

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga