ARTIKEL

Wong Ling Ching

Emas badminton hadiah buat Sarawak – Ling Ching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pemain badminton perseorangan wanita, Wong Ling Ching, mencipta kejutan apabila dia menghadiahkan emas buat Sarawak selepas menewaskan pemain Pulau Pinang, Oo Shan Zi, dalam perlawanan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21, hari ini.

Tambah manis apabila pemain itu melakar sejarah dengan mengakhiri penantian selama 38 tahun Sarawak untuk memungut pingat emas dalam acara tersebut.

Ling Ching mengetepikan cabaran Shan Zi dalam kemenangan ‘straight set’ untuk mencatatkan keputusan 21-12 dan 21-15.

Menurut pemain berusia 21 tahun berasal dari Miri itu, kemenangan itu merupakan hadiah paling bermakna kerana SUKMA kali ini merupakan yang terakhir baginya.

Malah ujarnya, sebelum beraksi, beliau melakukan persiapan teliti dengan tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan.

“Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh.

“Pastinya saya berasa amat gembira. Emas buat Sarawak adalah satu sejarah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan hari ini.

Ditanya perancangannya selepas ini, Ling Ching memberitahu dia mempunyai tiga kejohanan pada bulan September.

“Terdahulu, saya ingin berehat.

“Sebaik pulih nanti, saya akan berlatih dan berkerja keras semula,” katanya sambil menambah, matlamat utamanya adalah untuk menjadi pemenang pingat Olimpik.

Ketika wartawan secara berseloroh bertanyakan apa yang akan dilakukannya dengan insentif RM15,000 yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak, Ling Ching hanya membalas dengan senyuman.

Kejayaan Ling Ching diraikan lebih 2,000 penyokong yang hadir di Stadium Tertutup Sibu.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan