ARTIKEL

Empangan Bakun bakal diwarta sebagai AIZ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pertanian merancang untuk mewartakan Empangan Bakun di Belaga sebagai Zon Perindustrian Akuakultur (AIZ) menjelang 2024.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata ia dianggarkan berpotensi mengeluarkan ikan dan udang air tawar sebanyak 40,000 tan metrik dengan nilai pengeluaran RM500 juta setahun.

Di samping itu, beliau berkata kementeriannya akan terus mengenal pasti tapak yang sesuai di sepanjang kawasan pantai untuk membangunkan lebih banyak Taman Akuakultur bagi meluaskan pengeluaran ikan dan udang untuk memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa.

“Pembangunan bagi AIZ dan Taman Akuakultur adalah inisiatif penting untuk menggalakkan kelestarian pembangunan industri akuakultur dan sebahagian besarnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurutnya sehingga kini, empat kawasan telah diwartakan oleh Kerajaan Sarawak sebagai AIZ iaitu Empangan Batang Ai di Lubok Antu, Loba Stoh Rambungan di Kuching, Sundar Awat-Awat di Lawas dan Selalang di Sarikei untuk pengeluaran ikan dan udang air tawar bernilai tinggi.

Selain itu, Rundi berkata kementeriannya merancang untuk mewujudkan ‘Empurau and Tapah Belt’ di Kapit dan Bintulu.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

BERITA TERBARU

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

Harimau Malaya B-15 terbaik ASEAN

KUCHING: Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan