KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Johor dan Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi.
Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Sri Aman, Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 152.
Menurut Bernama, Pasir Gudang di Johor turut berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 151, diikuti IPD Serian dan Larkin.
Sebanyak 61 kawasan mencatatkan bacaan sederhana, manakala Taiping dan Temerloh berada pada tahap baik.
Bacaan bagi stesen Kota Kinabalu tidak tersedia ketika data direkodkan pada waktu berkenaan.



