KUCHING: Sebanyak enam jalan ditutup sempena majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2023 pada 21 Mei ini.
Majlis yang berlansung bermula 20 Mei hingga 26 Mei, Jumaat diadakan di Tebingan Kuching.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada perasmian itu kelak.
“Penutupan jalan akan membabitkan Jalan Main Bazaar/ Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Wayang/ Jalan Main Bazaar, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Old Court House, Jalan Masjid/ Jalan Market dan Jalan Dockyard.
“Selain itu, Jalan Main Bazaar/ Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Gambier turut ditutup dan dilencongkan bagi tujuan pemasangan khemah.
“Orang awam dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan iaitu di Reservior Park, Bangunan Saujana, Medan Letak Kereta UTC, Jalan Urat Mata, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, Bangunan Medan Pelita dan Medan Letak Kereta Plaza Merdeka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Walaubagaimanapun, katanya keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tifak menggangu pengguna jalan raya yang ingin melakukan aktiviti harian yang lain.
Beliau berkata, orang awam adalah dinasihatkan untuk mengikut tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas.
Katanya lagi, orang ramai dilarang meletak kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.






