ARTIKEL

PEMANDANGAN TERBATAS... Keadaan Jambatan Sejingkat yang dirakam pada 1.30 tengah hari tadi, yang menghubungi Tanjung Bako, Kota Samarahan dan Demak Laut, Petra Jaya kurang jelas dilihat akibat jerebu. Foto Ghazali Bujang

Enam kawasan Sarawak catat kualiti udara tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya sehari sahaja bacaan keseluruhan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Sarawak di bawah paras 100, namun hari ini, jerebu kembali menyelubungi enam kawasan sehingga merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat setakat 3 petang hari ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Kuching merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172 diikuti Serian (168) dan Samarahan (163).

Selain itu, Lundu mencatat bacaan 130, Tebedu (128) dan Betong (111), yang turut berada pada tahap tidak sihat.

JEREBU… Suasana di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Bako kembali berjerebu yang dirakam pada 1.15 tengah hari tadi. Foto Ghazali Bujang.

Sementara itu, Lubok Antu mencatat bacaan IPU 88, manakala Sri Aman merekodkan 91 dan kedua-duanya berada pada tahap sederhana.

Beberapa kawasan lain turut mencatat bacaan sederhana termasuk Sarikei (70), Sibu (70), Mukah (61), Bintulu (62), Samalaju (59), Miri (53), ILP Miri (54), Lawas (56) dan Kanowit (50).

Kawasan yang merekodkan kualiti udara baik ialah Kapit dengan bacaan IPU 43, Limbang (50) dan Bario (36).

Orang ramai, khususnya golongan yang berisiko, dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU