ARTIKEL

Erat persahabatan negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUKAN Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak dirasmikan dalam acara penuh gilang-gemilang dan warna-warni di Stadium Sarawak pada Sabtu lalu.

Hebat, menakjubkan dan terbaik.

Itu antara reaksi dikongsikan mengenai upacara perasmian yang disifatkan sebagai terbaik dalam sejarah, bahkan setanding pembukaan kejohanan berprestij dunia.

Selain mengetegahkan penggunaan teknologi baharu, nilai kebudayaan dan tradisi tetap menjadi keutamaan dalam memupuk kesatuan rakyat melalui sukan — selaras lagu rasminya SUKMA Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan.

Begitu juga dengan temanya, “Semangat Perpaduan Membara” secara tidak langsung menjadikan pemilihan Sarawak selaku tuan rumah temasya dwitahunan kebangsaan itu turut menerapkan nilai perpaduan Malaysia.

SUKMA edisi ke-21 ini, merupakan penganjuran ketiga yang diadakan di Sarawak selepas 1990 dan 2016.

Dengan matlamat dan misi untuk menjuarai keseluruhan pertandingan, SUKMA Sarawak turut menjadi antara penganjur terbaik dari pelbagai sudut.

Bukan sahaja dari segi upacara pembukaan rasmi, tetapi dari segi penyediaan perkhidmatan serta fasiliti dan tempat sukan yang digunakan oleh para atlet.

Ia mendapat pujian dan menepati piawaian antarabangsa.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk