Penyanyi Malaysia, Erul Samah mendapat kecaman warganet akibat memberi komen penyingkiran Isaac Voo di Big Stage 5 pada konsert minggu kedua.
Erul tidak hanya menulis komen pada satu hantaran, malah di beberapa perkongsian di Instagram Astro Gempak yang berkaitan Isaac Voo.
Antara komen yang dia tulis ialah, “popular tidak boleh beli kualiti” dan “pilihan yang tepat”.
Menurut komen warganet, sebagai penyanyi, Erul sepatutnya memberi kata-kata semangat.
Malah, terdapat warganet yang membalas komen dengan kata-kata sindiran.






