ARTIKEL

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Victor Sanjos.

ESSCom tahan enam individu, rampas wang tunai lebih RM1.4 juta di Tawau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU, Sabah: ‘Eastern Sabah Security Command’ (ESSCom) menahan enam individu, termasuk seorang lelaki warga asing, serta merampas wang tunai lebih RM1.4 juta dalam operasi jenayah rentas sempadan (JRS) di sekitar daerah ini kelmarin.

Komander ESSCom, Datuk Victor Sanjos, berkata operasi bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu menahan empat lelaki dan dua wanita berusia antara 40 hingga 47 tahun di kawasan premis perniagaan serta rumah.

“Semua individu terbabit ditahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“LHDN kini menjalankan siasatan lanjut terhadap individu terlibat.

“Turut dirampas dalam operasi itu beberapa peralatan seperti telefon dan dokumen serta fail-fail berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Victor berkata operasi menyasasarkan sembilan premis dan bertujuan menjamin keselamatan serta memelihara ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) selain membanteras penyeludupan barang tidak bercukai secara menyeluruh.

“ESSCOM akan terus memperhebat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah dalam ESS Zone bagi mengekang apa jua elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai timur Sabah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar menyalurkan maklumat jika terdapat sebarang insiden keselamatan di ESS Zone dengan menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau aplikasi WhatsApp 011-63311072. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan