ARTIKEL

Fabio, Nadhif teruja hibur peminat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Penyanyi Indonesia, Fabio Asher dan Nadhif Basalamah teruja untuk bertemu peminat di Malaysia menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur pada 26 Julai depan.

Fabio berkata, konsert berkenaan sangat istimewa kerana menjadi pentas pertama beliau bergandingan dengan Nadhif sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik.

“Saya sendiri teruja kerana ini kali pertama dapat berkolaborasi dengan Nadhif Basalamah. Di Indonesia pun kami belum pernah berkolaborasi secara langsung di atas satu pentas.

“Kami sebenarnya tidak pernah membuat persembahan bersama, tetapi pernah berada dalam acara sama beberapa kali. Saya rasa keserasian kami akan baik. Kita tengok nanti bagaimana kami akan mengejutkan peminat di Malaysia. Akan ada banyak kejutan,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Dalam pada itu, Fabio berkata, Malaysia mempunyai tempat yang cukup istimewa di hatinya sehingga dianggap sebagai rumah kedua.

“Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya dan hampir setiap tahun saya akan datang ke sini.

“Malaysia mempunyai tempat yang istimewa kerana menyokong saya sejak awal lagi. Saya berharap konsert kali ini menjadi kenangan indah dan bermakna buat semua,” katanya.

Sementara itu, Nadhif berkata, hubungan erat antara Malaysia dengan Indonesia membuatkan beliau sentiasa berasa dekat dengan negara ini.

“Bagi saya, Malaysia mempunyai nilai peribadi yang tersendiri. Hubungan antara Malaysia dengan Indonesia sangat akrab kerana kita serumpun.

“Muzik boleh bertukar menjadi tenaga dalam cara yang kadangkala kita sendiri tidak faham. Sebab itu saya sentiasa ingin kembali ke sini,” ujarnya.

Fabio turut berkongsi rutin kegemarannya ketika berkunjung ke Malaysia dan mengakui amat menggemari nasi tomato yang diperkenalkan oleh peminatnya.

Nadhif pula berkata, beliau menggemari nasi lemak dan sering meluangkan masa di sekitar Bangsar setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU