FaceaApp dedah data peribadi pengguna

APLIKASI FaceApp yang boleh meramal wajah semasa anda berusia dikhuatiri mempunyai akses kepada kesemua data gambar di dalam telefon walaupun anda sudah menafikan akses tersebut.

Amaran ini dikeluarkan sendiri oleh pakar yang prihatin dengan penggunaan meluas masyarakat global yang ‘gian’ menapis muka menggunakan kaedah AI ditawarkan aplikasi tersebut.

Aplikasi dari Rusia yang dilancarkan pada 2017 ini digunakan bukan hanya dalam kalangan rakyat marhaen tetapi selebriti terkenal tanah air dan luar negara seperti Zizan Razak, Hael Husaini, Drake dan Gordon Ramsey.

Pakar strategi Digitas, UK James Whatley memberikan amaran kepada pengguna yang seakan obses dengan aplikasi ini supaya menghentikan perbuatan mereka.

Isu ini bagaimanapun dijawab sendiri oleh individu yang membangunkan aplikasi FaceApp di Twitter.

Setelah membaca penjelasan daripada kedua- dua belah pihak, semuanya terpulang kepada anda. Mahu teruskan penggunaan aplikasi ini atau pun tidak.

Sekiranya berlaku apa-apa jangan salahkan sesiapa kerana amaran untuk berhati-hati sudah pun diberitahu.

Suara Sarawak