ARTIKEL

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Agung Unesco di Paris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Kali Ke-42 di Paris, Perancis, yang berlangsung pada 7 November lepas sehingga semalam.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dalam persidangan itu, Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia menyampaikan kenyataan negara semasa sesi perbahasan umum dan berkongsi visi serta pencapaian Malaysia dalam menjayakan agenda Unesco.

Menurut KPM, antara yang diketengahkan ialah tentang peranan aktif Malaysia dalam mendukung agenda Unesco seperti melalui sumbangan kepakaran dan kewangan melalui Program Kerjasama Malaysia-Unesco yang memanfaatkan lebih 7,000 peserta daripada 87 negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

93 pemimpin pengakap perkukuh kepimpinan

KOTA SAMARAHAN: Seramai 93 pemimpin pengakap dari seluruh Sarawak menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A dan 3B bagi memperkukuh kemahiran serta keupayaan mereka membimbing generasi

DBKU percepat kelulusan lesen kepada 32 jam

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya mempercepat proses kelulusan lesen perniagaan kritikal daripada 150 hari kepada 32 jam, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Platinum