ARTIKEL

Fahami kejadian alam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Judul: Hebatnya Kejadian

Alam

Penulis: Kassim Bahali

Penerbit: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Tahun Terbit: 2015

Jumlah Muka Surat: 235

Harga: RM150.00

Pengulas: Akiff Naim

BUKU Hebatnya Kejadian Alam ini merupakan sebuah karya yang mengupas fenomena alam yang terjadi di sekeliling kita dengan menggunakan kaedah yang menarik dan mudah difahami.

Buku ini ditulis untuk membangkitkan rasa bersyukur pembaca mengenai fenomena alam dan menjelaskan proses ilmiah di sebaliknya.

Kassim Bahali menulis dengan gaya bahasa serta penyampaian yang memudahkan pembaca, terutama kepada mereka yang tidak memiliki latar belakang sains.

Justeru, amat mudah untuk memahami tentang alam semesta, cuaca, dan pelbagai kejadian alam yang lain.

Buku ini juga sebuah karya yang berinformasi dan banyak membincangkan fenomena alam yang kita lihat dan lalui setiap hari, namun jarang kita fahami secara mendalam.

Kassim Bahali turut mengajak pembaca untuk memahami kejadian alam yang bermula daripada proses pembentukan gunung, cuaca ekstrem sehingga fenomena alam seperti pelangi, petir dan gempa bumi.

Penulis juga tidak hanya menjelaskan secara teori, malah mengaitkannya dengan observasi kehidupan nyata.

Hal ini boleh membuatkan pembaca berasa lebih dekat dengan alam selain lebih menghargai keajaiban yang ada di sekeliling kita.

Terdapat tujuh bab yang melengkapkan penerbitan buku.

Bab satu bertajuk “Bulan” yang mengetengahkan tentang ciri menarik di permukaan bulan, bulan mendekati bumi, bulan mengiringi planet, gerhana bulan serta bulan purnama sompek.

Bab dua bertajuk “Matahari” pula tentang matahari di atas Kaabah, gerhana matahari, ekuinoks, suria maksimum dan gelang api di langit.

Sementara itu, bab tiga bertajuk “Planet” membincangkan tentang kesemua planet.

Seterusnya, bab empat bertajuk “Buruj, Bintang dan Galaksi” menjelaskan tentang Buruj Februari 2010, Mira: Bintang berubah yang menarik, sistem suria selain matahari, batuan angkasa serta Ratu Cassiopeia.

Sesuai dengan bulan Ramadan kini, dalam bab lima, penulis mengetengahkan tentang “Hilal, Takwim dan Waktu”.

Antara pengisiannya tentang hilal dan ibadat puasa, Hari Raya Korban dan Zuhrah, Tahun Baharu 1432 Hijrah dan Gerhana Penuh Bulan Solstis, Tahun Baharu Cina dan Canis Major.

Selain itu, pengisian ilmu tentang ijtimak dua kali dan hilal Ramadan, puasa, raya dan merdeka, hilal penentu Ramadan dan Syawal serta tahun lompat.

Bab enam pula bertajuk “Meteor dan Komet” yang membincangkan meteor geminids, komet Panstarrs atau C/2011 L4, hujan perseids, komet ison melewati bumi.

Berikutnya panduan tentang cerapan langit malam dengan menggunakan peta bintang pula dibincangkan dalam bab tujuh “Peta Bintang”.

Menurut Kassim Bahali, buku ini menghimpunkan artikel berkaitan astronomi yang pernah disiarkan dalam Dewan Kosmik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesemua 49 artikel ini telah tersiar dalam edisi Januari 2010 hingga Disember 2013.

Salah satu kekuatan buku ini apabila melihat kemampuan Kassim Bahali mengetengahkan topik ilmiah yang mudah difahami, terutamanya bagi pembaca yang tiada mempunyai latar belakang sains.

Bagi memudahkan pemahaman semua golongan, penulis menyertakan banyak ilustrasi yang sangat menarik dan interaktif.

Walaupun fenomena astronomi dalam buku ini telah berlaku pada tarikh-tarikh tertentu tetapi kandungannya mempunyai fakta dan maklumat menarik yang menerangkan bagaimana kesemua fenomena tersebut berlaku.

Kassim Bahali ialah Pegawai Falak yang bertugas di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka dan mempunyai pengalaman mencerap serta merakam fenomena astronomi di beberapa buah lokasi di dalam mahupun luar negara.

Kesimpulannya, buku ini sangat sesuai sebagai bacaan pembaca yang ingin meluaskan pengetahuan tentang alam serta fenomena alam dengan cara yang mudah difahami.

Malah, buku ini juga boleh dijadikan sumber bacaan yang menarik bagi pelajar, pendidik, dan sesiapa saja tentang bagaimana dunia kita bekerja.

BERITA LAIN

Berdamai dengan luka kehidupan

Tajuk: Catatan Hidup Seorang Perempuan yang Hampir Berputus Asa Penulis: Arlina Arshad Penerbit: IMAN Publication Jumlah halaman: 178 muka surat Catatan Hidup Seorang Perempuan yang

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai