ARTIKEL

Gambar hiasan | Freepik.com

Fahami kesihatan, penyakit mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIDAK boleh dinafikan kesihatan mental sememangnya membawa pengaruh yang amat besar dalam diri manusia apabila sering dikaitkan dengan kemampuan seseorang individu dalam menikmati kehidupan sama ada secara positif atau sebaliknya.

Bukan itu sahaja, isu ini juga tidak dapat dipisahkan dengan kesejahteraan fizikal dan sosial yang berupaya memberi kesan bukan sahaja terhadap individu tetapi juga masyarakat dan negara.

Kepentingannya tidak boleh dinafikan sehingga Majlis Keselamatan Negara sendiri menggesa orang ramai memandang serius isu berkenaan kerana ia daripada sembilan teras Dasar Keselamatan Negara 2021 hingga 2025.

Ia merujuk kepada teras yang kelapan iaitu Keselamatan Rakyat dan salah satu daripada 153 item dalam Matriks Keselamatan Negara iaitu Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat.

Ini terbukti melalui laporan Berita Harian yang turut menyentuh permasalahan kesihatan mental di Malaysia dengan tingkah laku bunuh diri apabila terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 dan 631 kes dilaporkan pada tahun 2020.

Tidak hanya itu, jumlah kes bagi tahun 2021 juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus berbanding tahun 2020.

Tingkah laku bunuh diri menunjukkan trend yang begitu membimbangkan.

Sehubungan itu, selaras dengan kepesatan pembangunan, masalah kesihatan mental dan penyakit mental juga semakin bertambah dipercayai berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah

. Mengikut takrifan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit.

Untuk memahami tentang masalah ini, setiap individu perlu memahami konsep yang sebenarnya kerana terdapat perbezaan yang besar antara kesihatan mental dengan penyakit mental.

Seseorang individu yang normal mungkin tidak mempunyai kesihatan mental yang baik pada setiap masa, tetapi masih lagi berupaya untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Berlainan pula dengan mereka yang mempunyai penyakit mental, apabila fungsi seharian akan terjejas.

Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu.

Manakala dari sudut emosi pula, individu yang sering kali berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian mereka akan mengalami keletihan dan gangguan emosi yang bercelaru serta tidak menentu.

Tidak hairanlah jika kebelakangan ini terdapat begitu banyak konflik berlaku sama ada dalam keluarga, di tempat kerja mahupun kawasan awam berikutan kurangnya daya tahan seseorang menghadapi tekanan seharian.

Individu yang mengalami masalah ini juga sangat sensitif dan terlalu mudah melenting yang seterusnya menzahirkan tindakan negatif yang akan menjejaskan hubungan dan kesejahteraan sosial.

Tekanan perasaan juga menyebabkan cenderung untuk mentafsirkan sesuatu kejadian yang berlaku atau tindakan orang lain di sekitar secara negatif atau mudah berburuk sangka.

Pada masa yang sama, ia bukan sahaja melibatkan perubahan emosi dan tingkah laku, malah boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti insomnia, sistem penghadaman terganggu, sakit kepala. Lebih parah, boleh menyebabkan sakit jantung, kanser, diabetes dan seumpamanya.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi