ARTIKEL

FB Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil ucap takziah atas pemergian Dharma Harun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon veteran Dharma Harun Al Rashid yang meninggal dunia malam ini.

Fahmi berkata beliau mengingati Allahyarham sebagai seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja dan dihormati ramai.

“Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Pertemuan saya dengan Allahyarham pada majlis penyampaian sumbangan raya kepada artis veteran di IPPTAR (Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak) awal tahun ini masih segar dalam ingatan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram.

Pada 2019, Allahyarham pernah diserang angin ahmar yang menjejaskan pertuturan, manakala kesan strok serta penyakit lain turut menurunkan daya ingatannya sehingga beliau tidak lagi mampu bekerja.

Pada Februari 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kepada pelakon popular era 1980-an itu bagi membantu urusan hariannya. – BERNAMA –

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)