KUCHING: Faisal Johan dan Aizat Udin meraih gelaran juara kategori terbuka Satok Badminton Challenge Siri IX 2026 selepas menamatkan saingan di tangga teratas kejohanan yang menghimpunkan 50 beregu dalam kategori terbuka dan veteran.
Muhammad Hasif Iman dan Abang Syazwan Abang Ishak menamatkan saingan sebagai naib juara, manakala Seri Sudin dan Muhd Nurrudin Morni menduduki tempat ketiga.

Satok Badminton Challenge Siri IX 2026.
Tempat keempat menjadi milik pasangan Hardiyandi Hamden dan Hershad Ehsan Haman.
Faisal turut mencipta kejayaan dalam kategori veteran apabila bergandingan dengan Addahri Mahmud untuk muncul juara.
Sementara itu, Hardiyandi Hamden dan Kalana Ali Hassan meraih naib juara kategori tersebut, diikuti Ahmad Nazit Morshidi dan Hallid Dillah di tempat ketiga serta Faridun Kassim dan Frank Beth di tempat keempat.
Pengerusi SABERKAS Cawangan Satok, Mohd Akram Mohd Karim berkata, penyertaan 50 beregu dalam dua kategori itu mencerminkan sambutan terhadap penganjuran kejohanan berkenaan.


“Program sukan dan pembangunan belia akan terus menjadi agenda utama supaya lebih banyak ruang dan peluang diberikan kepada golongan belia.
“Pada masa sama, program seperti ini dapat memperkukuhkan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan pemain,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

kenangan selepas tamat Pertandingan Satok Badminton Challenge Siri IX 2026.
Mohd Akram turut mengucapkan tahniah kepada Fazlan Yusof serta seluruh jawatankuasa program atas kejayaan menganjurkan Satok Badminton Challenge Siri IX 2026.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi I SABERKAS Cawangan Satok, Ismail Idris bersama Naib Pengerusi Unit SABERKAS Muda Hashim, Noorlia Mahlee.






