ARTIKEL

Datuk Seri Fatimah Abdullah

Fatimah harap krisis di Timur Tengah tidak terus meruncing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap impak krisis yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.

Menurutnya, persengketaan yang berlaku melibatkan negara Iran dan Israel itu boleh membawa konflik yang serius dan keadaan tidak selamat di peringkat antarabangsa.

Katanya, kedua-dua negara itu mengatakan mereka berhak untuk melakukan apa yang dilakukan ketika ini atas alasan untuk melindungi kedaulatan negara masing-masing.

“Justeru, saya berharap agar krisis ini tidak akan meruncing lagi dan keadaan di Timur Tengah akan aman.

“Ia penting supaya kanak-kanak yang tidak berdosa, wanita tidak perlu dipindahkan dari rumah masing-masing, menjalani kehidupan seperti biasa, sekali gus tidak berasa takut dengan kekejaman perang yang mengerikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)