ARTIKEL

Fatimah Narawi terima Anugerah Wanita Waja 2021

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Fatimah Narawi bukan sahaja mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan malah Daerah Balingian apabila berjaya merangkul Anugerah Wanita Waja 2021 untuk kategori Ikon Insani sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Adun Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, kejayaan Pengerusi Dewanita Bahagian Mukah itu wajar kerana beliau sangat aktif dalam pelbagai kerja dan aktiviti kebajikan bersama-sama komuniti. “Saya mendoakan beliau (Fatimah) terus mencapai kecemerlangan dalam segala bidang yang diceburinya.

“Semoga kisahnya selama ini menjadi inspirasi kepada orang ramai dalam apa jua perkara yang mereka lakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Fatimah Narawi merupakan antara 20 nama yang disenarai-pendekkan untuk menerima Anugerah Wanita Waja 2021 selain satu-satunya wakil dari Sarawak untuk menerima anugerah berprestij peringkat kebangsaan pada kali ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mac 2021

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual