ARTIKEL

Fenomena MATAHARI TEPAT DI ATAS KAABAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTIWA’ A’dzam berlaku dua kali dalam setahun dengan latitud kurang daripada 23.5 darjah — nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Ketika fenomena Istiwa’ utama berlaku, matahari berada tepat di titik zenit (ghayah) Kaabah. Ini penting untuk menyemak arah kiblat sesuatu tempat.

Seandainya melibatkan tahun lompat seperti 2024 (Masihi), maka ia berlaku pada, 5.18 petang, 27 Mei dan 5.26 petang, 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lepas, Kelab Falak Astronomi Ma’had Tahfi z Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) dan Sekolah Rendah Tahfi z HIKMAH (SRTH) julung kalinya mengambil peluang menerima taklimat berkaitan fenomena yang mempunyai hubungan rapat dengan kiblat ini dengan melaksanakan aktiviti semakan melalui bayang-bayang.

Aktiviti yang menjadi pintu kepada falak pemula ini berlangsung di dewan serba guna dan dataran MATTARY, berjaya menarik pelibatan bukan ahli kelab termasuk dalam kalangan ibu bapa dan komuniti Dark Sky Malaysia Sarawak.

Ia juga melibatkan mantan presiden Kelab Astronomi UniSZA iaitu Ahmad Hariz Bely sebagai penceramah dan pengajar.

Dari segi ilmu falak, arah kiblat didefi nisikan sebagai arah ke Kaabah di sepanjang bulatan glob bumi mengikut jarak terdekat.

Kiblat amat penting kerana ia menjadi syarat sah solat menghadap ke Kaabah selain bagi tujuan pengebumian jenazah serta aktiviti yang hukumnya sunat seperti penyembelihan dan berdoa.

PELBAGAI KAEDAH

Pelbagai cara boleh diaplikasikan dalam menentukan arah kiblat selain penggunaan matahari.

Antaranya berpandukan bintang utara yang membantu kita mengenal pasti azimut arah kiblat.

Selain itu, buruj atau bintang keselarian garisan tali pinggang buruj membantu nelayan solat ketika di laut.

Kini, para ilmuwan falak dan astronomi moden menggunakan peralatan yang sesuai dengan peredaran zaman.

Ia menentukan arah Kaabah dengan membuat pengiraan menggunakan rubu mujayyab dan tongkat istiwa yang membantu pencerap mengenal pasti matahari dan sukuan 90 darjah untuk kejituan tinggi.

Manakala yang terbaharu, pelbagai aplikasi dibangunkan oleh pensyarah dan penyelidik ESERI UniSZA, Ahmad Taufan Abdul Rashid seperti kompas matahari (sun compass) — berpandukan kepada bayangbayang matahari.

TUGU ISTIWA

Setelah mengetahui keunikan fenomena Istiwa’ A’dzam, Kelab Falak Astronomi MAATTARY dan SRTH (FAC) merasakan keperluan membina tugu Istiwa mini bagi tujuan pembelajaran dan kajian pada masa mendatang.

Sebagaimana slogan ESERI UniSZA; “bekerja dengan apaapa yang ada serta inovasi kos rendah,” kedua-dua sekolah juga berencana mengangkat cadangan membina tugu ini kepada pentadbiran sekolah dengan kos yang sangat rendah sebagai mercu tanda kebitaraan baharu bagi institusi ini.

Melalui tugu mini yang dibina ini nanti, garis bayang ketika fenomena Istiwa’ A’dzam yang direkod dan ditandakan dibuat perbandingan kedudukannya.

Menjadi perkara wajib dalam menyemak dan menentukan arah kiblat Diharap budaya menyemak arah kiblat saban tahun melalui fenomena ini meluas amalannya di institusi pendidikan, masjid, pusat komuniti, jabatan kerajaan dan swasta di Sarawak yang tercinta ini.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU