KUCHING: Perkhidmatan Feri Batang Rambungan yang menghubungkan Lundu dan Kuching akan tergendala sementara mulai 25 hingga 28 Julai 2025 bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan tanjak.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, kerja penyelenggaraan akan dijalankan setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 malam, tertakluk kepada keadaan pasang surut air.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi feri untuk jangka masa panjang, khususnya di laluan penting yang sering digunakan penduduk sekitar dan pelawat ke destinasi pelancongan seperti Matang Wildlife Centre.
“Oleh itu, para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif yang disediakan, termasuk Lebuhraya Pan Borneo, sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan dijalankan,”ujar kenyataan tersebut.
Tambahnya,pengguna juga diingatkan agar sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) feri yang telah ditetapkan demi keselamatan semua pihak.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak pengurusan feri menerusi talian 011-2910 4591 (Juragan Feri Batang Rambungan).







