ARTIKEL

Pengunjung mengambil bahagian dalam ‘perang air’ di Festival Songkran di Dataran Siam, Bangkok, Thailand. - Foto: BERNAMA

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April.

Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer yang menampilkan 20 perarakan besar dan lebih 1,000 penghibur yang berkampung di tengah-tengah Bangkok.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosolm berkata perarakan mewah itu jarang diperlihatkan di Bangkok.

Beliau berkata ia meraikan tradisi “Songkran di Thailand, Festival Tradisional Tahun Baharu” yang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.

“Semua orang dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada perayaan bagi meraikan kepercayaan tradisional dan tradisi tempatan yang membezakan Songkran di Thailand daripada semua negara lain,” katanya pada penganjuran festival itu di sini semalam.

Beliau menambah bahawa terdapat 16 wilayah yang mempamerkan tradisi Songkran mereka yang unik.

Hari ini (12 April) adalah cuti umum tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Thailand, dan 16 April adalah satu lagi cuti umum sebagai ganti 13 April yang jatuh pada hari Sabtu (esok). 

Baca lain  Pemecatan salah: Bekas pengurus BNM peroleh ganti rugi lebih RM300,000

Songkran sering diraikan dengan perjumpaan keluarga, memberi penghormatan kepada orang tua, nenek moyang dan imej suci Buddha.

Festival ini terkenal dengan aktiviti melontar air yang meriah serta perarakan dan paparan berwarna-warni. – BERNAMA

Rakyat Thai melaksanakan upacara mandi patung Buddha sempena Festival Songkran di sebuah tokong di Bangkok. – Foto: BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

HARIMAU BELANG MATI DILANGGAR DI KLK

KUANTAN: Seekor harimau belang dilaporkan mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

BERITA TERBARU