ARTIKEL

Kredit: Bernama

FIFA sahkan hadiah US$50 juta untuk juara Piala Dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: FIFA mengesahkan yang hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara pada Piala Dunia musim panas akan datang, ketika pertikaian mengenai harga tiket kejohanan itu terus memuncak, lapor PA Media/dpa.

Majlis FIFA meluluskan jumlah wang hadiah bagi kejohanan itu dalam satu mesyuarat di Doha pada Rabu, dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak US$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.

Setiap negara akan menerima US$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan US$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan.

Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain “permainan PR” berkaitan harga tiket.

Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan pada Selasa yang tiket berharga US$60 akan disediakan melalui kuota yang dijual oleh persatuan kebangsaan kepada penyokong paling setia mereka, susulan kritikan meluas terhadap struktur harga awal FIFA yang didedahkan minggu lepas.

Namun begitu, hanya 10 peratus tiket dalam kuota itu akan ditawarkan pada harga ini.

Sebagai contoh, bagi perlawanan England menentang Croatia, ia hanya memberi manfaat kepada kira-kira 400 daripada lebih 4,000 penyokong yang layak membeli tiket melalui kuota Kelab Penyokong Kembara England (ESTC).

Bagi selebihnya, harga tiket akan bermula pada US$230 untuk perlawanan pembukaan itu dan melonjak kepada US$4,185 bagi perlawanan akhir. — Bernama

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik