ARTIKEL

PENGERUSI... Sophie Shariee.

Final Piala Premier Sarawak 2026 dianjak ke 29 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aksi final Piala Premier Sarawak 2026 yang dijadual berlangsung 21 November ini ditukar ke tarikh baharu iaitu pada 29 November ini.

Pengerusi pertandingan, Sophie Shariee memberitahu, perubahan tarikh final terbabit dilakukan atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Berlaku perubahan tarikh final untuk Piala Premier Sarawak 2026.

“Semalam kita menetapkan ia akan berlangsung pada 21 November.

Bagaimanapun, ditukar satu tarikh baharu iaitu pada 29 November,” ujar Sophie kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Sophie, pihaknya sudah memaklumkan perkara ini kepada pengurusan kedua-dua pasukan iaitu Kuching dan Samarahan berhubung perubahan tarikh baharu tersebut.

Katanya, perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan berkenaan akan berlangsung di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya.

“Venue perlawanan akhir itu kelak di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya dan sepak mula pukul 2 petang,” tambah Sophie.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

JHS tegaskan komitmen Sarawak pelihara hutan, biodiversiti

KUCHING: Sarawak kekal komited dalam mengekalkan hutan simpan kekal, memperkukuh rangkaian Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA), memulihara biodiversiti serta menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Demikian ditegaskan