KUALA LUMPUR: Malaysia memastikan gelaran beregu lelaki Terbuka Perancis 2026 apabila Man Wei Chong-Tee Kai Wun bertemu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani di final di Arena Grand Paris hari ini.
Wei Chong-Kai Wun layak ke final selepas menewaskan pasangan Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, 21-16, 21-15 dalam masa 31 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin pula mara ke final Super 750 itu dengan menyingkirkan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 22-20, 21-9, juga dalam masa 31 minit.

Ini penampilan kedua Wei Chong dan Kai Wun di final musim ini selepas masing-masing beraksi bersama pasangan berbeza pada final Masters Korea, Ogos lalu seperti dilapor Bernama.
Sze Fei-Nur Izzuddin, juara Masters Indonesia pada Januari dan Terbuka Indonesia pada Jun, kini di ranking kelima dunia berbanding Wei Chong-Kai Wun di tempat ke-11, dan mereka menang dua daripada tiga pertemuan lalu





