ARTIKEL

PH umum 21 calon dalam PRN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) malam ini mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Senarai tersebut diumumkan Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PH Melaka di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, malam ini.

Anwar dalam ucapannya berkata setiap calon mewakili semangat perjuangan PH dan kemenangan mereka kelak terletak di tangan pengundi yang akan memberi sokongan kepada parti itu.

“Insya-Allah orang Melaka akan bangkit dan tunjukkan bahawa mesti ada perubahan di Melaka untuk masa depan yang lebih jelas.

“Saya harap semangat orang Melaka luar biasa untuk bawa perubahan untuk masa depan kita, anak-anak kita, ibu bapa kita dan keluarga kita,” katanya.

Pengumuman tersebut menyaksikan DAP mengekalkan empat penyandang iaitu Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Leng ChaunYen (Banda Hilir).

Selain itu, bekas Ketua Menteri yang juga Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Datuk Ginie Lim Siew Lin kembali ke “gelanggang” bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Tangga Batu Farzana Hayani Mohd Nasir juga diumumkan bertanding di kerusi DUN Kelebang.

Beliau sebelum ini pernah dicalonkan bagi kerusi DUN Sungai Rambai pada PRN Melaka yang diadakan pada 2021.

Calon PH bagi PRN Melaka adalah seperti berikut:

N.01 Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah (Amanah)
N.02 Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri (PKR)
N.06 Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan (PKR)
N.07 Gadek – Jegasilan K (DAP)
N.08 Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin (PKR)
N.09 Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Amanah)
N.10 Asahan – Denesh A/L Palasubraniam (PKR)
N.13 Paya Rumput – Datuk Azman Abidin (PKR)
N.14 Kelebang – Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR)
N.15 Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan (DAP)
N.16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee (DAP)
N.17 Bukit Katil – Adly Zahari (Amanah)
N.18 Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar (PKR)
N.19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin (DAP)
N.20 Kota Laksamana – Low Chee Leong (DAP)
N.21 Duyong – Poo Long Suan (DAP)
N.22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen (DAP)
N.23 Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar (Amanah)
N.25 Rim – Esma Eazreen Husin (PKR)
N.26 Serkam – Muhammad Faiq Azman (PKR)
N.27 Merlimau – Rahayu Hamzah (Amanah)
— BERNAMA

BERITA LAIN

Singapura siasat 10 syarikat berkait jerebu

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan bagi mendapatkan

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula

BERITA TERBARU