Finalis ‘Dayung Sangon’ dan ‘Dari Pogan’ Serembu berentap pada 25 Mei ini

BAU: Seramai sembilan peserta Ratu Cantik (Dayung Sangon) dan lima Jejaka Tampan (Dari Pogan) akan berentap pada malam final sempena Festival Gawai Serembu di Dewan Masyarakat Siniawan pada 25 mei ini.

Antara peserta Dayung Sangon yang mara ke peringkat akhir ialah Shaolin Tolhip,19, Vanessa Tinella Patrus,18, Caulinna Kiboi,18, Jessie Gabriella,20, Eina Lebron,18, Hanna Quensey,18, Yvonne Natasha Atar,21, Paverina Angely,18, dan Veronica Michael,25.

Manakala peserta Dari Pogan ialah Joremy Johnny,19, William Gano Patrus,19, Roland Graem,22, Dreggory Hill,19, dan Harisson Alphan, 18.

Juara pada pertandingan itu bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,000 termasuk sijil, hamper, mahkota, selempang, sejambak bunga serta tropi.

CANTIK…Peserta Dayung Sangon – Gambar Ihsan Iskandar Razak

Sementara itu, tempat kedua akan memenangi wang tunai berjumlah RM1,000, selempang, tropi, sejambak bunga dan hamper manakala tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM700, selempang, sejambak bunga, tropi dan juga hamper.

Lima pemenang hadiah sagu hati juga akan berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, trofi, hamper dan juga sijil.

Selain itu, tiga gelaran sampingan juga bakal direbut iaitu Ratu dan Jejaka Kegemaran yang berpeluang membawa pulang wang tunai RM200, trofi serta selempang.

TAMPAN…Empat dari lima peserta Dari Pogan yang hadir pada penggambaran

Manakala gelaran bagi Ratu dan Jejaka Fotogenik pula membawa pulang trofi, selempang dan gambar pemenang yang telah di Bingkai dengan cantik.

Sementara itu, pemenang bagi anugerah khas untuk tujuan pendidikan pula akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Antara tetamu kehormat yang akan hadir pada majlis itu ialah, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Dalam pada itu, antara barisan artis undangan yang akan hadir memeriahkan Festival Pra-Gawai Serembu pada 24 dan 25 Mei ini ialah Jimmy Palikat dari Sabah, At Adau, Timothy, Lucy Rijut, Dino serta beberapa kumpulan band tempatan yang lain.

FINALIS…Barisan finalis Dayung Sangon dan Dari Pogan yang akan berentap pada 25 Mei ini