ARTIKEL

Fitnah Zakir Naik, Santiago mohon maaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memohon maaf secara terbuka kepada pendakwah Dr Zakir Naik.

Santiago membuat permohonan maaf itu selepas Mahkamah Tinggi mendapati kenyataan beliau dalam ceramah pada 25 November 2019, memfitnah Zakir.

Namun, mahkamah memutuskan Zakir tidak mendapat ganti rugi, kerana kenyataan tersebut meningkatkan reputasi beliau.

Sebaliknya mahkamah mengarahkan Santiago memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau. Hakim memanggil kedua-duanya tampil ke hadapan dan mengarahkan Santiago meminta maaf kepada Zakir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU