ARTIKEL

Sagah mesra menyantuni pelajar pada Program Hari Pertama Sekolah 2026 di Dewan Naga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

FTES buka peluang anak Sarawak ceburi bidang teknologi tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) membuka peluang kepada anak Sarawak menceburi bidang kejuruteraan dan teknikal, khususnya reka bentuk cip semikonduktor, bagi menyokong aspirasi negeri sebagai pemain teknologi serantau.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, berkata kursus FTES dalam bidang berimpak tinggi seperti kejuruteraan aeronautik, aeroangkasa dan avionik yang ditawarkan di universiti milik kerajaan harus dimanfaatkan sepenuhnya.

“Langkah ini sangat penting kerana graduan kejuruteraan dalam bidang tersebut juga berpeluang mengikuti latihan lanjutan secara praktikal di Akademi Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Semikonduktor Sarawak (SMD).

“Di universiti, pelajar banyak didedahkan kepada teori, tetapi kemahiran sebenar dalam reka bentuk dan pembangunan cip diperoleh melalui latihan praktikal selepas tamat pengajian,” katanya ketika merasmikan Program Hari Pertama Sekolah 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Sarawak turut menyediakan latihan teknikal melalui institusi seperti Sarawak Skills, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan pusat latihan lain bagi memastikan graduan memiliki kemahiran industri sebenar.

Sagah menyampaikan ucapan.

Mengulas kepentingan industri semikonduktor, beliau berkata persaingan global antara kuasa besar dunia kini tertumpu kepada penguasaan teknologi cip, namun Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan cip untuk kegunaan strategik seperti satelit dan aeroangkasa.

“Jika kita mampu membangunkan cip untuk satelit, isu seperti capaian internet boleh ditangani dengan lebih berkesan melalui penggunaan teknologi satelit,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa pelajar memberi penekanan kepada penguasaan sains dan matematik kerana hala tuju ekonomi baharu Sarawak bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran dalam bidang teknikal, termasuk robotik, mekanisasi dan industri berteknologi tinggi.

“Oleh itu, pelajar harus memberi penekanan kepada pembelajaran sains dan matematik agar berpeluang memasuki FTES.

“Walaupun FTES juga merangkumi bidang bukan sains seperti kewangan, perakaunan, psikologi dan undang-undang, namun asas matematik tetap penting dalam bidang tersebut,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Sagah menekankan kepentingan bidang psikologi bagi menangani isu tekanan dalam kalangan generasi muda memandangkan trend dunia kini membimbangkan mengenai isu kesihatan mental.

“Pada peringkat awal, kita menekankan peranan kaunselor sekolah dan guru supaya aktif membimbing pelajar, selain menasihati mereka dalam merancang laluan kerjaya secara jelas dan terarah.

“Pelajar perlu dibantu untuk memahami potensi diri dan hala tuju masa depan mereka agar tidak berasa cemas atau keliru,” tambahnya.

Sagah merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pelajar pada Program Hari Pertama Sekolah 2026 di Dewan Naga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan